Close

July 6, 2013

Program ‘Menerokai Ilmu Bersama Keluarga’

6 Julai 2013 – PPJJM bersama dengan Jabatan Kebajikan Perubatan PPUM (JKP) telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar bersama keluarga ke Petrosains KLCC. Seramai 50 orang yang terdiri daripada keluarga-keluarga PPJJM dan ahli keluarga staf JKP telah mengikuti lawatan ini.

Keluarga-keluarga PPJJM dan JKP telah dibawa untuk melawat dan berinteraksi dengan pelbagai pameran, permainan dan tayangan sepanjang laluan Petrosains. Anak-anak begitu teruja dengan dinosaur T-Rex di Geotime Diorama, merasakan angin kencang dalam kapsul angin, duduk dalam kereta F1 Petronas dan bermain dengan berbagai permainan yang mendemonstrasikan bunyi, tenaga dan bermacam macam fakta sains.

Secara keseluruhan, program “Menerokai Ilmu Bersama Keluarga” ini telah berjaya mengeratkan hubungan diantara PPJJM dan JKP serta mendedahkan anak-anak kepada dunia sains dan teknologi secara praktikal.

Kami amat berterima kasih kepada ketua JKP, Puan Siti Norhayati binti Harun yang telah memberi sokongannya kepada program bersama ini. Kami ingin juga mengucapkan terima kasih kepada staf JKP termasuk pelajar-pelajar pelatih dan pihak Petrosains yang telah membantu menguruskan hal logistik bagi lawatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *