ANNUAL GENERAL MEETING 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2024

22 Jun 2024 – PPJJM telah mengadakan AGM MRDS kali ke-17, secara hibrid dengan kehadiran ahli secara fizikal (Twenty Tree Boutique Hotel, Shah Alam) dan dalam talian (Zoom) buat kali pertama selepas 4 tahun diadakan secara dalam talian.

Pada mesyuarat kali ini, antara agenda yang telah dillaksanakan adalah ucapan pembukaan oleh Presiden MRDS, pembentangan minit mesyuarat, laporan aktiviti dan pembentangan penyata kewangan 2023. Selepas selesai agenda utama, AGM diteruskan dengan pembentangan agenda tambahan iaitu penubuhan jawatankuasa kecil dan pemakluman kemaskini senarai daftar ahli oleh AJK MRDS.

Menyeri AGM pada kali ini para hadirin telah mendengar perkongsian dari 5 personaliti – Assoc. Prof Dr Kamal Kenny (Federation of Reproductive Health Association Malaysia) , Claudia Richard (Genetic Counseling Society Malaysia), Saida Abu Bakar (DEBRA Malaysia), Shakir Aziz (Hemophilia Society of Malaysia), dan Imaad Umair(RD Sibling Advocate), yang telah berkongsi topik Rare Journeys of Love: Perspectives on Living with Rare Diseases

Barisan AJK MRDS ingin mengucapakan terima kasih kepada lebih 30 ahli MRDS dan rakan-rakan MRDS termasuk pengasas dan penasihat MRDS yang telah hadir secara fizikal dan dalam talian.